Kempen save syria telah memulakan siri penjelajahan ke negeri-negeri di Malaysia. Pada 22 Februari 2012, siri ini telah berjaya dilancarkan di Johor. Tepat jam 11.00 pagi, Saudara Syahrir mewakili GPM dan Saudara Jufitri naib presiden Abim bersama volunteer save Syria iaitu, Jawdat Khatib, Shakir Idrus (bukan nama sebenar) dan Syafiq Shafii telah memulakan perjalanan sejauh 300 kilometer dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat.
UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malalaysia, sebuah IPTA yang terkenal dengan pengajian kejuruteraan ini telah menyediakan kelas khidmat masyarakat. Kelas ini adalah wajib kepada semua pelajar. Oleh itu, kami diberikan peluang untuk memberikan sedikit perkongsian di dalam kelas pertama yang dikendalikan oleh Encik Salehuddin, wakil Abim Johor.
Saudara Jufitri menerangkan secara ringkas tentang volunteerism dan serba sedikit tentang apa yang berlaku di Syria di hadapan hampir 40 orang pelajar. Seterusnya saudara Jawdat membentangkan sejarah dan situasi Syria, kelihatan beberapa pelajar perempuan menangis tersentuh hati dengan pembentangan tersebut.
Sekolah Arab Kluang
Perjalanan diteruskan lagi, kali ini ke Kluang ditemani saudara Azlan, wakil Abim di batu Pahat. Usai solat maghrib berjemaah bersama adik-adik di Sekolah Menengah Agama(Arab) Kluang, saudara Jufitri telah menyampaikan kata-kata semangat kepada adik-adik di sana untuk terus belajar bersungguh-sungguh di dalam bidang agama. Majlis diteruskan dengan penerangan Syria oleh Syakir Idrus dan diakhiri dengan doa kepada rakyat Syria.
Disediakan oleh : Syafiq Shafii
- Posted using BlogPress from my iPad