
Wacana yang dianjurkan pada sebelah
petangnya telah mendapat sokongan dan sambutan yang Berjaya dikalangan
generasi muda sekitar kuching dikalangan pelajar dan generasi muda. Pada
sebelah malamnya ABIM Sarawak juga Berjaya menganjurkan Malam Cinta
Rasul di mana pelbagai persembahan, pentomen, nasyid dan sebagainya bagi
memeriahkan majlis. Malam Cinta Rasul tersebut dimulakan dengan Ceramah
Maulidur Rasul oleh Ustaz Hasri Harun, Ketua Biro Dakwah ABIM.
Beliau mengajak semua hadiri untuk terus istiqamah dalam meneruskan gaya hidup cara rasulullah dan terus berusaha memelihara akhlaq dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi MUhamma SAW sejajar dengan tugas asasi baginda untuk memperbetulkan akhlak umatnya.
