Khamis, 9 Februari 2012

ABIM MELAKA BANDAR KESAL DENGAN TAJUK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL YANG BERUNSUR MENGHINA


ABIM Melaka Bandar menyatakan rasa kesal terhadap kumpulan tertentu dengan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan mengambil tema dengan kata-kata yang memalukan dan menyentuh sensitiviti umat islam keseluruhannya. Kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Taman Krubong Perdana telah diserbu dan diturunkan oleh beberapa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Tindakan JAIM dengan menurunkan banner tersebut dengan pantas wajar dipuji kerana besar kemungkinan banner tersebut sekiranya dibiarkan akan mengundang pelbagai persepsi negatif dan mengelirukan terutama sekali kepada mereka yang belum mengenali Islam melalui keperibadian Rasullulah SAW.


Suhaimi bin Mohammed Saaid yang merupakan Yang Dipertua ABIM Melaka Bandar mengingatkan kepada semua penganjur agar lebih berhati-hati dalam pemilihan tema dalam sebarang sambutan hari kebesaran Islam. Tidak salah untuk membawa satu kelainan dalam sambutan tetapi janganlah sampai boleh menimbulkan fitnah pada Islam dan keperibadian Rasullulah SAW. Beliau juga menyeru agar seluruh umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan menguatkan azam bagi menggikuti sunnah Rasullullah SAW setiap masa.

Suhaimi bin Mohammed Saaid
YDP ABIM Melaka Bandar 




Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar