Selasa, 28 Februari 2012

Sisi Lain Kemelut Masyarakat Islam Pattani



Bahagian antarabangsa, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah menerima kunjungan daripada 3 orang wakil NGO hak asasi kemanusiaan Pattani. Delegasi wakil daripada Muslim Attorney Centre Foundation (MAC), Southern Peace Media Network, serta insouthmedia, itu yang diketuai oleh Encik Sabri telah berkongsi pelbagai maklumat terkini situasi di selatan Thai. Semenjak tragedi berdarah yang berlaku di Tak Bai Oktober 2004 yang lalu, masyarakat Islam di wilayah Selatan Thailand sentiasa diburu dalam ketakutan.

"Selain daripada gerakan politik yang sedia bertapak di Selatan Thailand, gerakan-gerakan hak asasi manusia serta masyarakat sivil telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan di wilayah tersebut," jelas Sabri lagi. Delegasi rombongan terbabit berpeluang mengimbau peristiwa tunjuk perasaan oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Ram Khameng ke atas kekejaman yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap seorang gadis Pattani pada Mei 2007.

"Ironiknya, gerakan hak asasi manusia serta masyarakat sivil ini turut mendapat sokongan padu daripada masyarakat Thailand secara keseluruhannya (bukan Islam). Mereka turut mendukung gerakan Say No To Emergency Decree yang sedang berlangsung pada ketika ini!". Meskipun begitu menurut mereka, kesedaran di kalangan masyarakat Pattani amat rendah akibat dari kurang pendedahan dalam aspek pendidikan serta kefahaman agama.



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar


- Posted using BlogPress from my iPad