26 Februari 2012 – Subang : ABIM dengan kerjasama PUM, Teras dan MAPPIM telah berjaya menganjurkan Forum Umat yang bertajuk : Perlaksanaan Syariah Islamiah Di Malaysia: Antara Harapan dan Tantangan. Forum yang dibarisi beberapa orang panelis terdiri daripada Dr Azhar Yaakob dari UTM KL, Dr Fauzi Deraman PUM, Dr Zulkifli Hassan , ABIM dan Azmi Abd Hamid, Teras. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Hasri Harun, Ketua Biro Dakwah ABIM.
Forum yang diadakan di Masjid Al-Husna, Bandar walaupun ringkas tetapi telah menggariskan beberapa harapan dan cabaran yang harus ditangani oleh semua umat Islam di Malaysia bagaimana kita harus memposisikan kefahaman Islam dan ruh islamiyah sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kefahaman syariah hanya dari sudut hudud semata-mata menampakkan kejanggalan kefahaman dikalangan umat Islam dimalaysia walhal perundangan syariah itu meliputi semua aspek kehidupan termasuk, undang-undang, kehidupan, muamalah dan ibadah.
Forum malam tersebut telah berjaya membentangkan beberapa isu berkaitan dengan permasalahan dan cabaran bagaimana perlaksanaan syariah dapat ditegakkan di Malaysia melalui kesedaran, kefahaman dan tanggungjawab dikalangan pemimpin dinegara ini. Salah satu usaha yang disepakati dalam forum tersebut ialah menggerakkan usaha memberi kesedaran dikalangan umat akan celik syariah supaya umat tidak mudah terpesong dalam memahami syariah.
Dalam forum tersebut juga telah diumum kan penubuhan Gerakan Sokong Syariah (GESA) di mana ianya bertujuan untuk menggerakkan keseluruhan agensi dan pertubuhan islam untuk mengarusperdanakan agenda syariah dalam masyarakat dimalaysia. Beberapa pelan bertindak bakal dilaksana diseluruh Negara bagi memberi kefahaman kepada masyarakat perspektif syariah yang lebih syumul dan menyeluruh dan keperluan umat dalam meningkatkan kefahaman syariah dalam kehidupan.
Gerakan GESA yang dianggotai oleh NGO islam termasuk ABIM, PUM ,TERAS dan ramai lagi akan mengadakan Rapat Umum untuk mengajak umat memahami syariah dan satu program perdana menjemput Prof Dr Yusof Qardhawi akan didadakan sebagai kemuncak kepada harapan kejayaan memartabatkan syariah di Malaysia.
- Posted using BlogPress from my iPad