Selasa, 28 Februari 2012

Teliti Semula Sistem Ekonomi & Perbankan Islam Masa Kini



Kemelut yang melanda mekanisme ekonomi kapitalis telah mendorong para "economist" barat untuk berpaling pula ke mekanisme ekonomi berteraskan syariah Islam. Itulah kesimpulan yang dibuat di penghujung seminar Musyarakah Mutanaqisah anjuran ABIM,Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA), serta Universiti Antarabangsa Madinah di Shah Alam baru-baru ini. Seminar itu diisi oleh Prof Dr Syed Ghazali Wafa , serta Prof Dr Kamal Malik Meera Mydin, serta Prof Dr Ghafar Ismail. telah mengetengahkan kaedah Musyarakah Mutanaqisah sebagai pendekatan terbaik untuk mengatasi pelbagai masalah ekonomi terutama sekali yang berkait rapat dengan pembiayaan aset tetap seperti hartanah dan perumahan.

"Kaedah ini secara umumnya melindungi kepentingan pengguna daripada terpaksa menanggung beban hutang yang melampau (akibat caj sampingan) di samping mengelakkan kerugian dari pihak peniaga itu sendiri," jelas Prof. Dr Syed Ghazali Wafa, ketika memperkenalkan kaedah musyarakah mutanaqisah kepada para hadirin seminar terbabit. Dalam pada itu, Prof Dr Kamal Malik Meera Mydin telah berkongsi beberapa fakta menarik termasuk dilemma di kalangan pengamal ekonomi kapitalis barat yang telah mula merujuk keberkesanan amalan ekonomi serta kewangan Islam sebagai jalan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda Amerika Syarikat serta Eropah secara keseluruhannya.

Salah seorang dari ahli panel terbabit turut mengimbau gesaan Prof Dr Yusof Al-Qaradhawiy agar sistem perundangan Islam melakukan evaluasi menyeluruh akan amalan kewangan serta ekonomi Islam kontemporari, ketika kunjungan ke negara ini 2 tahun yang lalu. Gesaan ini menurut para panelis bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh mereka yang telah membandingkan amalan kewangan Islam (yang diamalkan pada ketika ini) dengan amalan kewangan konvensional pada ketika ini.

Apa yang menarik ketika seminar tersebut, Salah seorang ahli panel terbabit turut merujuk satu kajian kes di mana seorang pembeli terpaksa membayar kembali hampir RM 1 Juta untuk pinjaman perumahan sebanyak RM 250,000. " Jika kajian menyeluruh tidak diadakan secara serius, dikhuatiri ia akan membentuk persepsi negatif terhadap sistem kewangan dan ekonomi Islam itu sendiri, sehingga ditanggapi sebagai menyusahkan serta menindas kepentingan pengguna."





Hadir merasmikan seminar terbabit ialah Rektor Universiti Antarabangsa Madinah Cawangan Malaysia,Prof. Dr. Mohammad Khalifah Al Tamimi serta Presiden ANGKASA, Prof Dato Dr Ali Baharom



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar


- Posted using BlogPress from my iPad