Rabu, 15 Februari 2012

YDP DAN SETIAUSAHA ABIM MELAKA BANDAR DILANTIK DALAM JAWATANKUASA INDUK PELAN INDUK BELIA MELAKA


Yang Dipertua ABIM Melaka Bandar, Saudara Suhaimi bin Mohammed Saaid bersama Setiausaha ABIM Melaka Bandar, Mohd Azmi bin Arifin telah dilantik sebagai Jawatankuasa Induk Pelan Induk Belia Melaka (PIBM) di bawah Majlis Gabungan Belia Melaka. Jawatankuasa Induk PIBM yang dipengerusikan oleh Saudara Zali bin Mat Yassin merangkap Presiden, Majlis Gabungan Belia Melaka turut dianggotai oleh saudari Mahaniza dan Mohd Shahrom (MAYC), Shafiefie, Zaidi Daut & Norhayati Hamzah  (Belia 4B), Khairil Syukri (PSBM).


Pelan Induk Belia Melaka merupakan 'Blue Print' yang juga meruapakan dasar jangka masa panjang bagi menentukan hala tuju belia dalam tempoh 10 tahun akan datang. Tahun 2012 merupakan tempoh fasa kedua perlaksanaan dimana PIBM memperkenalkan 5 strategi yang akan menentukan KPI Belia Negeri melaka.





Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar