Khamis, 22 Mac 2012

Aku Teruna Terhebat & Bahagia Menjadi Gadis


19 Rabiulakhhir 1433H, Shah Alam - Alhamdulillah, ABIM Selangor telah selamat dengan jayanya meganjurkan Program Pencegahan Gejala Sosial bersempena Sambutan ABIM Selangor 40 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Ia merupakan penganjuran program BMG dan ATT bagi peringkat negeri Selangor Darul Ehsan.

Seramai lebih dari 350 orang peserta lelaki dan perempuan yang telah menyertai program sehari ini. Aktiviti dijalankan dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator serta ajk ABIM Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran bermula awal jam 8.00 pagi dan sesi taklimat rasminya bermula jam 9.00 pagi.

Penyertaan juga dibantu hasil kerjasama pihak masjid dengan program Daurah Penghayatan Islam. Kehadiran peserta yang memberangsangkan mendorong fasilitator untuk lebih bersemangat dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan yang mana, peserta lelaki mengikut Program Aku Teruna Terhebat (ATT) dan yang perempuan mengikuti Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG).

Aktiviti keseluruhannya tamat pada jam 4.40 petang (solat Asar berjemaah) yang sebelum itu diberikan amanat oleh YDP ABIM Selangor kepada peserta-peserta yang hadir. Atas komitmen semua pihak kami di ABIM Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi ABIM, ABIM Daerah, masjid-masjid serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insya-Allah, program ini akan menyusul lagi di mana-mana masjid yang berminat.



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar


- Posted using BlogPress from my iPad