DARI TAGHYIR al-NUFUS KE MEMARTABAT UMAT
Oleh: Amidi Dato' Abd Manan
Membaca buku hasil karya Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang lebih dikenali sebagai Ustaz Siddiq Fadzil (USF) yang terkini berjudul Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat Rakyat amat mengujakan. USF mengulas satu persatu isu yang ditampilkan dengan pesona hujah dan bahasa yang menggamit ghairah membaca tanpa henti.
Hubungan rakyat dan raja yang terukir dalam peradaban Melayu amat kuat dipengaruhi oleh pandangan sarwa yang diterasi oleh Islam. Status insan yang memiliki izzah tidak membedakan raja dan rakyat jelata perlu dipelihara oleh semua pihak. Raja yang di pertuankan oleh bangsa Melayu bukan satu status yang tidak boleh dicabar atau terlepas dari tangungjawab sebagai pengemban amanah Allah.
Sang penguasa perlu untuk memelihara maruah rakyat serta melaksanakan tugas dengan penuh rasa tawadhu’ , menyedari hakikat bahawa pernghisaban Allah tidak akan melepaskan sesiap di akhirat kelak. Beberapa contoh yang dibawakan oleh USF mengisyaratkan bahwa transformational leader bukan sesuatu yang mustahil dicapai.
Ia bukan satu keistimewaan yang hanya dapat hadir dengan kesaktian yang di luar kebiasaan. Begitu juga disenaraikan sejumlah ciri kepimpinan yang dituntut oleh agama yang telah terbukti berupaya membina tamadun yang hebat dan berwibawa.
Umat Melayu adalah umat yang dibentuk dalam acuan Islam sejak sekian lama. Ia terbukti dengan banyak hasil kesusasteraan dan catatan sejarah yang menunjukkan pengaruh Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu, seperti dalam ungkapan tradisional berikut:
Bagi bangsa Melayu diangkat martabatnya, bangsa Melayu perlu kembali ke akar umbi kekuatan peradabannya. Kerana disitulah usaha yang seharusnya ditumpukan dan telah terbukti sejak zaman berzaman. Islam sebagai punca kekuatan bangsa Melayu seharusnya difahami dan dihayati dari segala aspek kehidupan.