Khamis, 5 Julai 2012

ABIM Ketengahkan Gesaan Kemanusiaan Untuk Rakyat Syria Di Istanbul




30 Jun 2012, Istanbul:- Timbalan Presiden ABIM, Ustaz Mohd Naim Mohd Nor telah menghadiri ke Muktamar Umat Islam bagi Membela Rakyat Syria. Kehadiran beliau ke sana adalah untuk sama-sama membincangkan usaha membantu dan membela perjuangan rakyat Syria secara kolektif di kalangan NGO serta gerakan Islam peringkat antarabangsa. Dalam seminar yang sama juga, Ustaz Naim berpeluang menemui ulama' terkemuka Syria, Sheikh Ali Sabouni yang merupakan pengarang terkenal Kitab Tafsir Ayat Ahkam dan Sofwat Tafasir. Sheikh Ali Sobouni merupakan Pengerusi Ikatan Ulama Syria yang menjadi Penganjur Muktamar ini. Ulama bersama perjuangan rakyat Syria.