Rabu, 28 Mac 2012

Kita Perlu Proaktif Atasi Islamophobia

Umat Islam seharusnya tidak bersikap defensif dalam menangani Islamophobia. Itulah pandangan yang dikemukakan Dr Zulkifli Hasan, Exco Shariah dan Ekonomi Islam dalam wacana Islamophobia di Jakim baru-baru ini. Mengimbau pengalaman ketika belajar di Eropah, Dr Zulkifli mengimbau pengalaman-pengalaman menarik beliau ketika berada di benua Eropah beberapa tahun yang lalu.

"Sebarang kelakuan orang Islam yang tidak menyenangkan akan dianggap sebagai mewakili imej Islam itu sendiri. Justeru, umat Islam perlu bersikap proaktif untuk memngemukakan persepsi yang positif mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam," jelas beliau merujuk kepada beberapa isu utama yang sering diutarakan masyarakat bukan Islam terhadap Islam itu sendiri seperti murtad, faraidh (pembahagian harta), serta hukum Hudud dalam Islam.

Tambah menarik menurut Dr. Zulkifli,"Ketakutan mengenai Islam ataupun Islamophobia sudah pun wujud semenjak dari zaman Rasullulah S.A.W. Islamopabhobia pada masa kini mencapai tahap di luar tabien sehinggakan ada sahaja insiden ganas yang berlaku cuba dikaitkan dengan Islam!" jelas beliau yang mengambil contoh beberapa insiden seperti pembunuhan ke atas remaja di Norway pada 2011 yang lalu.

- Posted using BlogPress from my iPad



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar